fresh menu leftfresh menu right
Pelajar Peraturan Pakaian Pelajar MRSM
 
Peraturan Pakaian Pelajar Maktab
 
Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki
 
Baju Kemeja / Baju T-Shirt
 
1. Baju kemeja berkolar potongan biasa sama ada berlengan panjang atau pendek dibenarkan. Lain-lain jenis baju seperti baju T sukan atau seumpamanya dibenarkan untuk aktiviti riadah sahaja.
2. Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
3. Jika memakai baju lengan panjang pelajar mesti mengenakan butang atau jika ingin menggulungnya, ia mestilah melepasi paras siku.
4. Baju lengan pendek hendaklah tidak melebihi paras siku.
5. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.
6. Kemeja Hawaii dan kemeja/baju T tanpa lengan dan/atau tidak berkolar tidak dibenarkan.
7. Baju atau pakaian yang bertulis atau mengandungi gambar orang seperti penyanyi, penghibur, ahli sukan atau gambar yang tidak senonoh adalah dilarang sama sekali.
 
Seluar
 
1. Kain seluar 'slack' yang dibenarkan ialah dari jenis yang sesuai. Kain jenis denim, PVC, 'Corduroy' atau kulit tidak dibenarkan.
2. Pemakaian semua jenis 'jeans' dan 'cotton slack' tidak dibenarkan bukan sahaja di waktu kelas akademik tetapi juga lain-lain waktu persekolahan sama ada di dalam mahupun di luar kampus.
3. Seluar hendaklah berfesyen sederhana. Fesyen seluar terlalu longgar (baggy), terlalu ketat, berkaki singkat, terlalu kecil kakinya atau jenis 'bellbottom' tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah buku lali dan ukurlilit kaki seluar di antara 35cm - 45cm.
4. Butang seluar adalah jenis biasa, bukannya jenis besi.
 
Tali Pinggang
 
1. Bagi para pelajar yang memakai tali pinggang, lebarnya hendaklah di antara 2-3cm.
2. Tali pinggang yang dipakai mesti berwarna gelap (hitam/coklat tua). Tali pinggang yang berwarna-warni dan berbelang tidak dibenarkan.
3. Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang-lambang yang tidak sesuai seperti lambang binatang atau tulisan perkataan yang tidak sesuai dan tidak bermoral.
 
Barang Kemas
 
1. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas.
 
Kasut dan Sarung Kaki
 
1. Hanya kasut kulit/PVC tertutup yang keseluruhannya berwarna hitam dibenarkan.
2. Pemakaian sarung kaki diwajibkan. Panjang sarung kaki hendaklah menutupi buku lali.
3. Sarung kaki yang dipakai mesti berwarna hitam.
4. Sebarang jenis selipar (selain daripada sandal) adalah untuk kegunaan dalam asrama sahaja.
5. Sandal boleh dipakai untuk kegunaan luar daripada kelas persediaan petang dan luar waktu akademik di dalam kawasan maktab (selain daripada asrama).
 
Tali Leher
 
1. Tali leher yang dipakai mestilah tali leher rasmi Maktab.
2. Tali leher dipakai di kelas dan upacarabrasmi Maktab seperti perhimpunan, jumpa guru, berada di blok pentadbiran pada waktu persekolahan, majlis makan rasmi dan lain-lain aktiviti rasmi.
 
Tanda Nama (Name Tag)
 
1. Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa kelas akademik dan upacara rasmi Maktab.
2. Tanda nama tidak boleh ditukar ganti dengan kawan.
3. Tanda nama tidak boleh diubahsuai atau diconteng.
4. Tanda nama tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran.
Songkok
 
1. Hanya songkok warna hitam dibenarkan. (Untuk kegunaan majlis rasmi dan menunaikan solat Jumaat)
2. Kopiah dan serban tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan menunaikan solat.
  
 
Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan
 
Baju, Kain dan Seluar
 
1. Pelajar hanya dibenarkan memakai baju kurung untuk ke kawasan akademik dan pentadbiran. Semasa hari persekolahan, pelajar diwajibkan memakai pakaian maktab atau persatuan / kelab (pada hari tertentu).
2. Pelajar BUKAN Islam digalakkan memakai baju kurung dan dibenarkan memakai blaus berlengan serta skirt labuh melebihi paras lutut.
3. Jenis pakaian yang dibenarkan ialah baju kurung yang bergaya sederhana/blouse lengan panjang beserta kain menutup buku lali.
4. Baju dan kain hendaklah tidak jarang, tidak ketat dan tidak mencolok mata. Pelajar diwajibkan untuk memakai kain dalam.
5. Baju T dan sebarang jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
6. Pemakaian semua jenis seluar dan baju 'jeans' dan 'cotton slack' tidak dibenarkan bukan sahaja di waktu kelas akademik tetapi juga lain-lain waktu persekolahan sama ada di dalam mahupun di luar kampus.
7. Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja contohnya keadaan terlampau sejuk. Baju panas tidak boleh digunakan untuk menutup sebarang jenis pakaian yang tidak dibenarkan.
 
Tudung Kepala
 
1. Tudung kepala yang tidak bersulam diwajibkan bagi kesemua pelajar perempuan muslim.
2. Pelajar muslim diwajibkan untuk memakai anak tudung dan ia mesti berwarna putih.
3. Tudung mestilah berwarna putih (selain dari waktu akademik), peach dan biru muda sahaja. Tudung warna lain tidak dibenarkan.
4. Tudung hendaklah tidak jarang dan tidak bercorak serta menutup bahagian dada.
5. Bahagian hadapan tudung mestilah berjahit.
 
Kasut dan Sarung Kaki
 
1. Kasut kulit/PVC tertutup berwarna hitam sahaja dibenarkan.
2. Sarung kaki wajib dipakai kecuali semasa berada di asrama puteri. Sarung kaki perlu berwarna hitam.
3. Kasut hendaklah jenis yang disarung dan bukan jenis selipar atau sandal.
4. Ketinggian tumit tidak melebihi 1 inci.
5. Kasut yang bergaya dan berwarna warni tidak dibenarkan.
 
Barang Kemas
 
1. Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai sebarang bentuk perhiasan diri.
 
Alat Kosmetik / Solek
 
1. Tidak dibenarkan.
 
SPM 2012 05.11.2012 12:00 -778 Days
PMR 2013 01.10.2013 12:00 -448 Days
tagline.png

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter



Hakcipta 2012 MRSM Pasir Salak. Designed by: compliments best cpanel web hosting Valid XHTML and CSS.